Sunday, January 9, 2011

Melewati detik ini..

Assalamualaikum...coretan pertama di karpet Diari Puteri  bermula di bawah kedinginan  kipas angin di Kamar Rabiatul Adawiyah, Imtiyaz..inilah bilik guru yang menjadi persinggahan guru praktikal sepertiku..oh,patutlah sejuk..kata ustazah di bilik ini sebentar tadi,penghawa dingin juga terpasang...sudah kipas juga dipusingkan...pembaziran sedang berlaku tika ini..sangat sejuk..uh!

Braces...atau pendakap gigi..sedar tak sedar sudah hampir 2 bulan aku hidup bersamanya. tidur bersama, makan bersama, dan ke mana ku pergi pasti ku bawa ia bersama..sememangnya kerana ia sudah menjadi sebahagian dari anggota tubuh. Hajat yang terpendam sejak di bangku sekolah lagi ini,akhirnya terlaksana dengan izin Allah yang sebaik-baik perancang. ya, terlaksana di saat waktu kian sempit dan usia kian matang..namun aku tetap merafa'kan kesyukuran kerana diberi peluang untuk menjadi diri yang baru..yang lebih berkeyakinan. Aku sentiasa memohon pada Allah agar dia meredhai niat dan perbuatanku ini agar aku tidak termasuk dalam kalangan hambaNya yang mengubah ciptaanNya yang sememangnya telah sempurna. Panjang pula celoteh..maklumlah,guru..2 jam lagi ada kelas yang menanti..

Komen ku tentang lagu Halimah Jongang...huh..setiap kali aku mendengar lagu itu,air mata ku akan bergenang..dan sebaiknya aku tidak mendengarnya agar hati tidak terguris. Aku tidak menyalahkan Allah yang memberi,tapi aku menyalahkan diri kerana jarang mensyukuri. Ada insan yang lebih derita, ada insan yang langsung tidak mampu untuk mengubahnya. Dan sepanjang hidup hanya perlu terus kuat menelan kata-kata manusia yang dianggap gurauan dan hiburan..dapatkah anda merasakan kepedihannya? namun sejak memakai braces,aku rasa lagu itu semakin tiada kaitan dengan aku..semakin kuat semngatku...semakin berkeyakinan menghadapi hidup ini..

Ada catatan kembara yang ku tulis di setiap musafir dari Terengganu ke Kuala Lumpur setiap bulan.
Syukran Jaziilan...=)

No comments:

Post a Comment